Saturday 26 January 2019

Kursus Pengurusan Stor


Pengurusan stor dan inventori ialah salah satu aspek pengurusan kewangan yang sangat penting kerana barang-barang di dalam stor atau inventori merupakan modal sesbuah syarikat yang disimpan di dalam bentuk barang (goods). Langkah ini penting kerana ianya membolehkan organisasi untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan pada kos yang minimum. 

Kesan daripada pengurusan stor dan inventori yang lemah, tidak teratur dan tidak cekap boleh menyebabkan syarikat mengalami kerugian yang besar akibat pembaziran modal dan masa yang terikat dalam bentuk stok. Selain itu, keusangan, kesusutan dan kecurian barang-barang yang disimpan pula akan berlaku jika organisasi tidak menguruskan stor atau inventori mereka dengan baik. 

Maka, pengurusan stor dan inventori yang efektif amat penting untuk sesebuah syarikat.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGURUSAN STOR Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 011-25085983

Kajian Kes 1: Akibat Stor Yang Tidak Tersusun


Encik Abu ialah pemilik restoran Selera Abu. Beliau membuka perniagaanya pada tahun 2016 di Subang Jaya. Pada penghujung 2018, Selera Abu cukup terkanal di kalangan penduduk di Subang Jaya. Pelanggan menyukai Selera Abu kerana masakan restoran itu yang lazat serta harga yang berpatutan.

Namun, semua itu berubah pada awal tahun 2019, apabila seorang pelanggan telah maut, manakala 11 orang lagi dikerjakan ke hospital kerana kercunan makanan. Hasil siasatan mendapati bahawa Selera Abu tidak menitikberatkan pengurusan stor dan inventori. 

Sesi temubual bersama pekerja Selera Abu mendapati bahawa mereka telah meletak bahan-bahan beracun seperti pencuci pinggan mangkuk serta racun serangga di rak yang sama dengan bahan makanan seperti beras, gula dan garam. Oleh kerana tiada kejadian yang serius berlaku disebabkan amalan yang merbahaya ini, Encik Abu membiarkan sahaja perkara ini sepanjang 2 tahun operasi restoran. 

Namun, malang tidak berbau apabila pada awal tahun 2019, botol penyimpanan racun serangga telah bocor dan mencemarkan bahan makanan. Pelanggan telah menyaman Encik Abu atas kecuaian beliau dan Selera Abu terpaksa gulung tikar.

Kajian Kes 2: Kesan Pengurusan Stor dan Inventori Yang Baik


Pak Itam memiliki kedai perkakasan bertempan di Kuching, Sarawak. Kedai perkakasan beliau mempunyai reputasi yang baik dan amat terkenal di kalangan penduduk Kuching. 

Namun, Pak Itam tidak menguruskan stor beliau dengan bijak. Barang-barang di dalam stor tidak disusun dengan teratur dan baik. Justeru, kebanyakan barang di dalam stor Pak Itam rosak akibat ditimpa oleh barang-barang lain yang lebih berat. 

Pak Itam juga sering tidak menjumpai barang yang telah disimpan di dalam stor sebagai stok. Apabila pelanggan menempah barang dengan Pak Itam, beliau terpaksa menempah semula barang itu kerana barang yang diminta pelanggan tidak dijumpai meskipun telah disimpan di dalam stor sebagai stok. 

Pak Itam mula sedar tentang kepentingan pengurusan stor dan iventori apabila beliau mendapati kedainya telah mengalami kerugian akibat terlalu kerap menempah barang yang sama disebabkan kehilangan atau tidak dijumpai. 

Pak Itam telah mengapatkan bantuan konsultan untuk menguruskan stor dan inventori beliau. Konsultan telah mencadangkan barang-barang di kedai dilabel rapi dan diletakkan di tempat khas. Selain itu, konsultan juga meminta Pak Itam untuk mencatat barang-barang yang masuk dan keluar dari kedai beliau. 

Sejak itu, perniagaan Pak Itam bertambah maju dan pelanggan semakin suka berurusan dengan kedai beliau.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGURUSAN STOR Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 011-25085983

Kajian Kes 3: Akibat Pengurusan Stor Dan Inventori Yang Tidak Sesuai


Ali ialah pemilik Ali Mart, kedai runcit kecil-kecilan yang dibuka 24 jam. Ali menguruskan barang-barang di dalam kedai beliau dengan cermat dan teratur. 

Ali melabel display rack serta storing rack supaya mudah untuk pelanggan dan juga pekerja untuk mencari barang. Beliau juga mencatat setiap barang masuk dan keluar dari kedai untuk mengelakkan kehilangan dan kecurian barang beliau. 

Walaupun begitu, Ali telah mengalami kerugian pada tahun pertama perniagaan kerana barang yang usang dan lapuk. Ali kehairanan kerana beliau telah menguruskan stor dan inventri beliau dengan baik. 

Untuk memastikan keadaan ini tidak berulang, Ali telah melantik konsultan. Penerangan konsultan telah mengejutkan Ali. 

Konsultan menerangkan bahawa dari segi penyimpanan barang, Ali telah menguruskannya dengan baik. Namun, masalah berlaku apabila barang itu diletakkan di display rack. 

Untuk memudahkan kerja, Ali telah mengarahkan pekerja beliau untuk menyusun stok baharu di depan dan menolak stok lama ke belakang. Kaedah ini dipanggil First In Last Out. Ini menyebabkan pelanggan sentiasa membeli stok barang yang baru ditempah dan mengakibatkan stok lama tidak dibeli, menjadikan stok lama usang dan lapuk.

Ali sepatutnya menggunakan kaedah First In First Out dimana stok lama mestilah sentiasa diletakkan di hadapan dan stok baharu diletakkan di belakang supaya stok lama habis terlebih dahulu kemudian disusuli stok yang baharu. 

Justeru, Ali mula mengubah cara penyusunan stok beliau dan memperoleh keuntungan setahun kemudian.

No comments:

Post a Comment