Monday 21 January 2019

Kursus Pengurusan Stor & Inventori Berkesan Cara 5S Pada 8 Oktober 2018

Kursus Pengurusan Stor & Inventori Cara 5S pada 8 Oktober 2018


Kursus ini telah dijalankan di Merdeka Palace Hotel, Kuching, Sarawak. Seramai 13 orang peserta dari pelbagai agensi terutamanya agensi-agensi kerajaan negeri Sarawak. Para peserta telah memberikan maklumbalas yang positif tentang kursus ini. Pada mulanya, mereka agak musykil tentang cara penyampaian kursus ini yang dijalankan di dalam kelas, walhal kursus seperti ini dijalankan secara langsung di tempat kerja. Namun, cara penyampaian yang kreatif dan inovatif oleh penceramah membuatkan para peserta memahami subjek tersebut serta berasa seronok dalam menghadiri kursus ini. Justeru, para peserta berterima kasih dan berharap bahawa kami membuat lebih banyak kursus ini serta kursus-kursus lain di Kuching, Sarawak.

No comments:

Post a Comment