Ringkasan Kursus Pengurusan Stor Dan Inventori


Pengenalan Kursus

Setiap perniagaan akan mengalami kerugian jika berlaku kerosakan dan kecurian kepada inventori akibat pengurusan stor yang tidak kemas. Kerap juga berlaku masalah mencari produk siap ataupun bahan kerana tiada rekod yang sempurna.

Bengkel ini telah dirumus khas untuk memberi pendedahan yang mendalam kepada para peserta berkaitan amalan pengurusan stor dan inventori yang boleh diguna pakai untuk mengatasi masalah yang timbul akibat kelemahan dalam mengurusnya. Sukatan pelajaran bengkel ini meliputi amalan pengurusan stor yang menyeluruh mengikut piawaian antarabangsa.


Kelompok Sasaran

Bengkel ini telah dirumus khas untuk peserta-peserta yang terlibat dalam perniagaan yang memerlukan anjakan minda untuk melonjakkan prestasi melalui pengurusan stor dan inventori yang berkesan. Bengkel ini tidak memerlukan peserta untuk mempunyai pengalaman dan pengetahuan pengurusan stor dan inventori yang meluas lagi mendalam.

Matlamat Kursus

Melalui bengkel ini peserta-peserta akan mencapai matlamat-matlamat berikut.

  • Memberi garis panduan supaya kakitangan pengurusan stor dapat merancang mengendalikan stor dan inventori secara berkesan.
  • Mengajar kaedah mengawal stor cara 5S
  • Mengelak kehabisan stok yang mengakibatkan kelewatan dalam pengantaran kepada pelanggan.
  • Menggunakan sistem rak yang berkesan
  • Menggunakan kaedah kawalan stok yang cemerlang 
  • Merekod inventori dengan tepat 
  • Memastikan keselamatan inventori dan kakitangan di dalam stor 

Pendekatan Kursus

Bengkel ini mengguna pakai kaedah-kaedah pembelajaran dewasa termasuk rancangan pembelajaran aktif demi meningkatkan kefahaman dan penerapan. Penceramah akan menggunakan contoh-contoh dan kajian kes-kes antarabangsa dan tempatan untuk membantu peserta-peserta memahami konsep-konsep pengurusan stor dan inventori yang dibentang. Bengkel ini akan dikendalikan menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia mengikut tahap penguasaan bahasa oleh peserta-peserta.


Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGURUSAN STOR Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 011-25085983

Kandungan Kursus

Modul 1
Pengenalan Kepada Pengurusan Stor
Fungsi-fungsi stor, tanggungjawab pengurusan stor, Cara 5S
Modul 2
Menyusun Dan Mengendali Stor
Bagaimana bahan dan barang perlu disimpan, mengenal pasti kawasan stor, cara memudahkan carian

Modul 3
Kod Dan Klasifikasi Bahan
Memahami kod dan klasifikasi bahan, menggunakan kod warna

Modul 4
Pengendalian Bahan
Alat pengendali bahan, jenis-jenis alat dan sistem simpanan
Modul 5
Pengawalan Inventori
Cara mengelak kehabisan stok, pengiraan dan audit stok, menangani stok lama, kesan pengurusan stok yang lemah

Modul 6
Strategi Pengurusan Inventori
Mengira jumlah stok yang diperlukan, Jenis-jenis system inventori, memahami EOQ

Modul 7
Keselamatan Stor Dan Inventori
Ciri-ciri keselamatan mengelak kecurian dan kebakaran, menggunakan teknik 5S dalam menguruskan keselamatan stor



Jadual Kursus

Masa
Modul
9.00 am
Pengenalan Kepada Pengurusan Stor (M1)
Ceramah & Perbincangan

Menyusun Dan Mengendali Stor (M2)
Ceramah & Perbincangan

10.45 am
Minum Pagi
11.00 am
Kod Dan Klasifikasi Bahan (M3)
Ceramah & Perbincangan

Pengendalian Bahan  (M4)
Ceramah & Perbincangan

1.00 pm
Makan Tengahari
2.00 pm
Pengawalan Inventori (M5)
Ceramah & Perbincangan

Strategi Pengurusan Inventori (M6)
Ceramah & Perbincangan

3.30 pm
Minum Petang
3.45 pm
Sambungan Modul 6

Keselamatan Stor Dan Inventori (M7)
Ceramah & Perbincangan

5.00 pm
Tamat

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGURUSAN STOR Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 011-25085983

No comments:

Post a Comment